Thursday, August 5, 2010

Update Tentang Perkembangan Pasukan Ragbi SAHOCA

April 2010
Liga Ragbi Antara Kelab Kesatuan Ragbi Kedah 2010
Pasukan SAHOCA telah berjaya menewaskan musuh tradisi iaitu pasukan Alor Setar Blues pada peringkat Separuh Akhir Liga Ragbi Antara Kelab Kesatuan Ragbi Kedah 2010 dan seterusnya berjaya menewaskan pasukan Kubang Pasu dalam perlawanan akhir sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan untuk tahun ke-2 berturut-turut...Tahniah untuk seluruh pemain dan penyokong2 yang setia mengikuti perkembangan pasukan SAHOCA bagi kejohanan berikut.
Klik di sini untuk berita berkenaan penglibatan pasukan SAHOCA untuk kejohanan tersebut.

Jun 2010
SMSS International Ten's 2010 Kali Ke-18 (Kategori Alumni)
Sekali lagi rekod baru dicatatkan oleh pasukan SAHOCA....muncul Juara bagi kategori Alumni (Piala Satang Jaya) untuk kali ke 7 berturut-turut dan kali ke 12 secara keseluruhannya...lebih manis kali ini kejayaan pasukan SAHOCA pada perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh salah seorang Naib Presiden (Eksekutif) Kesatuan Ragbi Malaysia iaitu Dato' Abdul Halim Karim yang juga merupakan salah seorang ahli SAHOCA dan Saudara Kamarudzaman Saad yang kini merupakan Timbalan Pengerusi SAHOCA KL & Selangor....Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua pemain-pemain dan penyokong yang terlibat dalam memastikan pasukan SAHOCA terus disegani sebagai sebuah alumni yang tiada tandingan dalam sukan ragbi. Klik di sini untuk berita mengenai kejohanan berkenaan.

No comments:

Post a Comment