Thursday, August 5, 2010

Malaysia Rugby Union Council Members 2010/2013

Sebagai makluman, keputusan AGM KRM yang diadakan baru-baru ini telah menyaksikan perubahan besar-besaran dan kebanyakkan individu yang telah dipilih merupakan ahli SAHOCA.TAHNIAH diucapkan kepada Y'Bhg. Dato' Wira Amiruddin Embi yang telah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia untuk penggal 2010/2013. Tahniah juga diucapkan kepada Y'Bhg. Dato' Othman Aziz dan Y'Bhg. Dato' Abdul Halim Karim kerana telah dipilih sebagai Naib Presiden Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia yang baru. Selain itu juga, Nabil Bin Haji Ahmad Marzuki yang juga merupakan ahli SAHOCA telah dipilih sebagai Setiausaha Kehormat KRM untuk penggal baru. Semoga kesemua mereka yang terpilih ini dapat sama-sama memberi idea-idea baru khususnya dalam memastikan perkembangan sukan ragbi di negara ini bertambah maju.

No comments:

Post a Comment