Monday, April 9, 2012

ATM JLJ vs SAHOCA (7/04/2012)




Perlawanan ke4 untuk pasukan SAHOCA ini telah diadakan di Padang UPM Serdang Kuala Lumpur pada jam 5 petang. Masalah kecederaan pemain masih lagi membelenggu pasukan di mana beberapa pemain utama masih lagi tidak mampu bermain. Keputusan perlawanan memihak ATM JLJ dengan skor 40-5. Pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut (En. Khairul) nyata gagal mengawal perlawanan dengan baik. Beberapa keputusan beliau ternyata dipersoalkan baik bagi pihak pasukan SAHOCA mahupun ATM JLJ.

UiTM Lions vs SAHOCA (31/03/2012)



Perlawanan ke3 untuk pasukan SAHOCA ini telah diadakan di Padang UPM Serdang, Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Keputusan perlawanan memihak pasukan UiTM Lions dengan skor 41-3. Walaupun SAHOCA yang mula mendahului pasukan lawan, nyata faktor keletihan dan kecederaan pemain menyebabkan keputusan memihak pihak lawan. Ternyata pengalaman pertama kali bersaing dalam kejohanan paling berprestij (bagi peringkat kelab) di negara kita ini memberi pengajaran berguna kepada semua pemain. Sila klik disini untuk gambar-gambar lain sekitar perlawanan tersebut.

NS Wanderers vs SAHOCA (17/03/2012)





Perlawanan ke-2 untuk pasukan SAHOCA ini telah diadakan di Padang Kolej Tuanku Jaffar, Mantin Negeri Sembilan. SAHOCA berjaya mencatat kemenangan pertama dengan mengalahkan NS Wanderers 25-23 dalam perlawanan yang sungguh mendebarkan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan yang terlibat. Sila klik disini untuk gambar-gambar sekitar perlawanan tersebut.

COBRA vs SAHOCA (14/03/2012)

Perlawanan pertama untuk Kejohanan Liga Super KRM 2012 ini telah diadakan di Padang Bellamy Pengkalan TUDM Sg. Besi. Memandangkan perlawanan ini diadakan pada hari bekerja (Rabu), terdapat masalah untuk pihak pengurusan pasukan untuk menghimpun barisan pemain-pemain. Ternyata pasukan SAHOCA tidak dapat menandingi pasukan COBRA yang membariskan maksimum 3 khidmat pemain import dari FIJI dan juga beberapa pemain skuad kebangsaan. Dalam perlawanan tersebut SAHOCA tewas dengan skor 6-67.

MRU Super League 2012

Berikut adalah undian yang melibatkan pasukan yang telah layak mengikut ranking 12 kelab tempatan terbaik di Malaysia :

Kumpulan A :
1) COBRA
2) ATM JLJ
3) NS Wanderers
4) Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
5) UiTM Lions
6) SAHOCA

Kumpulan B :
1) Keris Conlay
2) ASAS
3) ATM RAMD
4) Bandaraya Dragons (DBKL)
5) RSC Dog
6) ATM Blackhawks

Setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan khidmat pemain import bagi kejohanan ini. Hanya 3 pemain import dibenar didaftarkan bagi setiap perlawanan dan hanya 2 orang dibenarkan bermain dalam senarai 15 pemain yang bermain. Pasukan SAHOCA yang keseluruhannya adalah pemain tempatan hanya bertekad untuk mencuba yang terbaik dalam setiap perlawanan yang bakal ditempuh memandangkan ini merupakan kali pertama pasukan SAHOCA berjaya melayakkan diri ke kejohanan ini. Kejohanan ini telah pun bermula pada 10hb Mac yang lalu.