Monday, April 9, 2012

ATM JLJ vs SAHOCA (7/04/2012)




Perlawanan ke4 untuk pasukan SAHOCA ini telah diadakan di Padang UPM Serdang Kuala Lumpur pada jam 5 petang. Masalah kecederaan pemain masih lagi membelenggu pasukan di mana beberapa pemain utama masih lagi tidak mampu bermain. Keputusan perlawanan memihak ATM JLJ dengan skor 40-5. Pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut (En. Khairul) nyata gagal mengawal perlawanan dengan baik. Beberapa keputusan beliau ternyata dipersoalkan baik bagi pihak pasukan SAHOCA mahupun ATM JLJ.

UiTM Lions vs SAHOCA (31/03/2012)



Perlawanan ke3 untuk pasukan SAHOCA ini telah diadakan di Padang UPM Serdang, Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Keputusan perlawanan memihak pasukan UiTM Lions dengan skor 41-3. Walaupun SAHOCA yang mula mendahului pasukan lawan, nyata faktor keletihan dan kecederaan pemain menyebabkan keputusan memihak pihak lawan. Ternyata pengalaman pertama kali bersaing dalam kejohanan paling berprestij (bagi peringkat kelab) di negara kita ini memberi pengajaran berguna kepada semua pemain. Sila klik disini untuk gambar-gambar lain sekitar perlawanan tersebut.

NS Wanderers vs SAHOCA (17/03/2012)





Perlawanan ke-2 untuk pasukan SAHOCA ini telah diadakan di Padang Kolej Tuanku Jaffar, Mantin Negeri Sembilan. SAHOCA berjaya mencatat kemenangan pertama dengan mengalahkan NS Wanderers 25-23 dalam perlawanan yang sungguh mendebarkan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan yang terlibat. Sila klik disini untuk gambar-gambar sekitar perlawanan tersebut.

COBRA vs SAHOCA (14/03/2012)

Perlawanan pertama untuk Kejohanan Liga Super KRM 2012 ini telah diadakan di Padang Bellamy Pengkalan TUDM Sg. Besi. Memandangkan perlawanan ini diadakan pada hari bekerja (Rabu), terdapat masalah untuk pihak pengurusan pasukan untuk menghimpun barisan pemain-pemain. Ternyata pasukan SAHOCA tidak dapat menandingi pasukan COBRA yang membariskan maksimum 3 khidmat pemain import dari FIJI dan juga beberapa pemain skuad kebangsaan. Dalam perlawanan tersebut SAHOCA tewas dengan skor 6-67.

MRU Super League 2012

Berikut adalah undian yang melibatkan pasukan yang telah layak mengikut ranking 12 kelab tempatan terbaik di Malaysia :

Kumpulan A :
1) COBRA
2) ATM JLJ
3) NS Wanderers
4) Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
5) UiTM Lions
6) SAHOCA

Kumpulan B :
1) Keris Conlay
2) ASAS
3) ATM RAMD
4) Bandaraya Dragons (DBKL)
5) RSC Dog
6) ATM Blackhawks

Setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan khidmat pemain import bagi kejohanan ini. Hanya 3 pemain import dibenar didaftarkan bagi setiap perlawanan dan hanya 2 orang dibenarkan bermain dalam senarai 15 pemain yang bermain. Pasukan SAHOCA yang keseluruhannya adalah pemain tempatan hanya bertekad untuk mencuba yang terbaik dalam setiap perlawanan yang bakal ditempuh memandangkan ini merupakan kali pertama pasukan SAHOCA berjaya melayakkan diri ke kejohanan ini. Kejohanan ini telah pun bermula pada 10hb Mac yang lalu.

Tuesday, February 21, 2012

Perlawanan Suku Akhir NICC 2012

Sila klik disini untuk ranking semua pasukan yang telah layak ke peringkat Suku Akhir. Pasukan SAHOCA akan bertemu RMAF Blackhawks pada 26/02/2012 (Ahad) di Pdg Bellamy Pangkalan TUDM Sg. Besi Kuala Lumpur pada jam 4.30 ptg. Semua dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan SAHOCA. Semoga pasukan SAHOCA berjaya dalam perlawanan ini sekaligus mencatat sejarah layak ke MRU Super League buat kali pertama.

Monday, February 20, 2012

Perlawanan Pusingan Awal



SAHOCA vs PDRM (12/02/2012)

Perlawanan ini telah diadakan di Pdg SM Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Pasukan SAHOCA telah berjaya mengalahkan PDRM 27-15. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat.

SAHOCA vs MiMET (18/02/2012)

Perlawanan ini telah diadakan di Pdg KSAH Alor Setar, Kedah. Ternyata pasukan SAHOCA berjaya mendominasi keseluruhan permainan dan berjaya mengalahkan MiMET 32-5 dan sekaligus berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pegawai yang telibat.

Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan (NICC) 2012

Berikut adalah senarai pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini :

1) Johor Blues Rugby Club (JOHOR BLUES)
2) Politeknik Merlimau (POLI MERLIMAU)
3) Royal Selangor Club (RSC Dog)
4) SAHOCA Rugby Club (SAHOCA)
5) Kelab Ragbi Scorpion Putrajaya (SCORPION)
6) Politeknik Ungku Omar (PUO Panthers)
7) RMAF Blackhawks (Blackhawks)
8) Alor Setar Blues Rugby Club (Alor Setar Blues)
9) SSTMI Bandar Penawar (SSTMI)
10) Polis Bersatu (PDRM)
11) RMP Pahang (RMP)
12) Sikamat Gunners
13) UiTM Lions (LIONS)
14) UniKL Caw Manjung (MiMET)

Setiap pasukan akan bermain 2 perlawanan di pusingan awal.
Selepas itu, pasukan akan di susun mengikut kedudukan berdasarkan kepada kutipan mata dan skor kejohanan.
8 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir.
4 pasukan yang layak ke separuh akhir akan melayakkan diri ke Liga Super.