Thursday, December 1, 2011

Jonah Jones Rugby Sevens 2011



Tarikh : 26 & 27 November 2011
Tempat : Royal Selangor Club, Bukit Kiara Kuala Lumpur

Berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh pihak penganjur,pasukan SAHOCA telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Bandaraya Dragons, Bangi Hunters & SMSS Old Boys. Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dibenarkan mendaftar maksimum 2 org pemain imports. Untuk makluman, bagi kumpulan B ini, pasukan Bandaraya Dragons dan Bangi Hunters masing-masing menyenaraikan seorang pemain imports dari FIJI untuk pasukan mereka manakala pasukan SAHOCA hanya menyenaraikan pemain tempatan memandangkan terdapat kekangan dari segi kewangan utk mengambil pemain imports.

Keputusan Hari Pertama.
1st game SAHOCA vs SMSS Old Boys (Menang 26-0)
2nd game SAHOCA vs Bangi Hunters (Menang 21-5)
3rd game SAHOCA vs Bandaraya Dragons (Draw 7-7)

berdasarkan keputusan yang dicapai pada hari pertama kejohanan...pasukan SAHOCA berjaya menjadi Johan Kump B dan berada di ranking ke 6 daripada keseluruhan 24 pasukan yang menyertai kejohanan ini dan seterusnya layak ke peringat Suku Akhir CUP/PLATE.

Keputusan Hari Kedua.
Pasukan SAHOCA telah diundi bertemu pasukan yang berada di ranking ke3 keseluruhan iaitu COBRA. Seperti diduga pasukan COBRA yang membariskan 2 org pemain imports dari FIJI berjaya membenam cabaran pasukan SAHOCA dengan keputusan 26-7 dan hasil keputusan tersebut hanya melayakkan pasukan SAHOCA beraksi utk peringkat Separuh Akhir PLATE.

Separuh Akhir PLATE
Pasukan SAHOCA bertemu semula Bandaraya Dragons yang tewas pada peringkat Suku Akhir CUP kepada pasukan HONG KONG Lions. Walaupun pada saingan peringkat kumpulan pasukan SAHOCA hanya mampu mencatat keputusan seri dengan Bandaraya Dragons tetapi utk saingan separuh akhir ini SAHOCA berjaya mengalahkan mereka dengan skor 26-5 dan seterusnya layak ke perlawanan akhir kategori PLATE.

Akhir PLATE
SAHOCA vs Tsunami SSTMI (Bandar Penawar Sports School)
Walaupun pasukan Tsunami menyenaraikan 4/5 org pemain kebangsaan, pasukan SAHOCA masih berjaya mengalahkan mereka dengan skor 24-7. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat dalam memastikan kejayaan pasukan SAHOCA dalam kejohanan ini. Semoga kejayaan yang dicapai ini dapat sama-sama membakar semangat kita dalam usaha untuk memartabatkan lagi nama SAHOCA khususnya dalam sukan ragbi di negara kita....WELLDONE BOYS!!!

Tuesday, July 19, 2011

Pemain SAHOCA meraikan kejayaan muncul JUARA Alumni 7's ke-IV 2011

Kejohanan Ragbi ALUMNI 7's ke IV 2011 - organized by ANSARA


Tarikh : 16 & 17hb Julai 2011
Venue : Pdg Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor

Ini merupakan kali pertama pasukan SAHOCA menyertai kejohanan yang berjaya menghimpunkan sebanyak 19 pasukan Alumni seluruh negara. Berikut adalah undian kumpulan untuk kejohanan ini :

Kumpulan A
HSKOBA - SMK Tinggi Klang
OE Taiping - SMK King Edward V
Ansara Gemenceh - MRSM Gemenceh

Kumpulan B
Kusses - SMS Kuala Selangor
STAROBA - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Ansara Kepala Batas - MRSM Kepala Batas

Kumpulan C
Ansara Terendak - MRSM Terendak
OPA - Maktab Tentera Di Raja
Semesta - SMS Tengku Abdullah

Kumpulan D
KYSER - Kolej Yayasan Saad
Ansara PDRM Kulim - MRSM PDRM Kulim
MHSOB - SMK Tinggi Melaka

Kumpulan E
XSSAAS - SMK Sultan Abdul Aziz Shah
SAHOCA - Kolej Sultan Abdul Hamid
Saser - SMS Tuanku Munawir

Kumpulan F
Sajoha - SMS Johor
STJOB - SMS Tuanku Jaafar
SHOBA - SMK Tinggi Setapak

Kumpulan G
SMSOB - SMS Selangor
Asjati Bangi - SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi
RIOBA - SBPI Rawang


Pasukan SAHOCA mudah membenam cabaran SASER (21-7) dan XSSAAS (42-0) pada peringkat kumpulan dan berjaya berada di ranking pertama kejohanan berdasarkan keputusan hari pertama kejohanan. Hasil undian kejohanan untuk peringkat suku akhir PERDANA (cup/plate) cabaran seterusnya adalah pasukan OE Taiping. Seperti diduga, pasukan lawan memberi tentangan yang sengit kepada barisan pemain SAHOCA. Keputusan perlawanan memihak kepada SAHOCA (12-7).


Dalam saingan Separuh Akhir PERDANA, lawan yang bakal ditentang adalah pasukan MHSOB. Pasukan SAHOCA mudah membenam cabaran MHSOB (skor 6/7-0 try) sekaligus layak ke perlawanan akhir dan bertemu pasukan
ASJATI Bangi yang lebih dikenali sebagai BANGI Hunters. Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam saingan separuh akhir SMSS Ten's 2010 dan keputusan perlawanan berpihak kepada SAHOCA. Seperti diduga, SAHOCA muncul JOHAN PERDANA Kejohanan Ragbi Alumni 7'2 ke-IV 2011 setelah membelasah lawannya dalam perlawanan akhir dengan skor 45-5.

Syabas kepada barisan pemain,jurulatih dan juga penyokong yang turut memeriahkan kejohanan ini. Diharap kejayaan yang dicapai ini, dapat membantu menaikkan nama Bank Islam Malaysia Berhad yang terlibat sebagai penaja utama pasukan SAHOCA. CONGRATS!!!

13th Power NS Royal 7's 2011


Gambar : Pemain scrumhalf SAHOCA, Mohd Adha(Dek Aa) berusaha menahan asakan dari pemain COBRA K.Dineshwaran(Dugro)

Tarikh : 2 & 3hb Julai 2011
Venue : Pdg. Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan

Untuk makluman, ini merupakan kejohanan pertama disertai pasukan SAHOCA semenjak berjaya mendapatkan tajaan kewangan dari Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM 15,000.00. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada General Manager Consumer Banking Bank Islam Malaysia Berhad En. Khairul Kamarudin yang sudi meluangkan masa hadir pada hari pertama kejohanan sambil menyaksikan perlawanan pertama pasukan SAHOCA menentang S'pore POLICE. Berikut merupakan keputusan yang telah di capai :

SAHOCA vs S'pore POLICE (Menang 21-10)
SAHOCA vs COBRA (Kalah 1-5 -try)
SAHOCA vs NS Rhino (Menang 31-0)

Pasukan SAHOCA berada di ranking 8 hasil keputusan yang dicapai pada hari pertama kejohanan sekaligus layak beraksi dalam kategori Suku Akhir CUP/PLATE dan bertemu pasukan semula pasukan yang berada di ranking 1 iaitu COBRA pada keesokkan harinya. COBRA yang membariskan 4 pemain FIJI dan merupakan pilihan utama untuk menjuarai kejohanan ini mudah membenam cabaran pasukan kita dengan keputusan 4-1(try). Cabaran seterusnya pasukan SAHOCA adalah Sibu RC (SARAWAK) untuk perlawanan peringkat Separuh Akhir PLATE. Pasukan lawan turut diperkuatkan dengan kehadiran 3 pemain import dari FIJI. Pasukan SAHOCA telah tewas dengan keputusan 12-19 dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhannya, kandas di peringkat Separuh Akhir PLATE dalam kejohanan bertaraf antarabangsa merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun berdepan pasukan yang membariskan pemain import. WELLDONE!!

Monday, May 9, 2011

Kejohanan Ragbi PowerBar SMSS International Ten’s Ke 19 2011


Sebanyak 8 pasukan (kategori ALUMNI) telah bertanding dalam kejohanan ini yang telah diadakan pada 30hb April dan 1hb Mei 2011 yang lalu bertempat di Padang Wembley Sek. Men. Sains Selangor, Cheras. Sebanyak 6 pasukan layak berdasarkan pusingan kelayakkan yang dilangsungkan 2 minggu sebelum kejohanan ini bermula. Pasukan SAHOCA layak secara automatik berdasarkan kejayaan muncul Juara pada edisi yang lalu. Berikut adalah undian pasukan kategori ALUMNI untuk kejohanan ini

Group J :
SAHOCA - Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
SESMA OB - SMS Sultan Mahmud, Terengganu
SDAR LIONS - Sek Dato' Abdul Razak, Seremban
SMS OB RC - SMS Old Boys Rugby Club

Group K :
SMSSOB - Sek Men Sains Selangor
KOBOYS - SM Taman Kosas, Ampang
SAJOHA - SMS Johor
MUAR OB - Muar High School

Keputusan Perlawanan :
SAHOCA vs Sdar Lions (Menang 22-0)
SAHOCA vs Sesma Old Boys (Menang 22-0)
SAHOCA vs SMS Old Boys RC (Menang 12-5)

Separuh Akhir :
SAHOCA vs SMSSOB (Menang 17-0)

Final :
SAHOCA vs Koboys (Menang 5-0)
Kejayaan pasukan SAHOCA pada edisi kali ini merupakan kejuaraan ke 13 dan kali ke 8 secara berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat dan kejayaan ini membuktikan pasukan SAHOCA merupakan pasukan 'Old Boys' paling unggul dalam sejarah kejohanan ragbi bagi Kategori ALUMNI. CONGRATS!!!

KEJOHANAN RAGBI ANTARA KELAB KEBANGSAAN (NICC) TAHUN 2011


Kejohanan ini merupakan kejohanan peringkat kelab anjuran KRM di mana 2 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir secara automatik layak beraksi untuk KEJOHANAN RAGBI KRM-LIGA SUPER 2011.

1st Game - Suku Akhir (26/03/2011)
SAHOCA vs Muar Musketeers (Menang 17-10)
Perlawanan ini telah diadakan di Padang Bellamy, Pangkalan TUDM Sg. Besi. Walaupun beraksi tanpa kelibat ketua pasukan Mohd Fairuz Abdul Rahman yang bersama skuad 7's kebangsaan ke kejohanan Hong Kong 7's 2011...pasukan SAHOCA masih mampu beraksi cemerlang sekaligus berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

2nd Game - Separuh Akhir (31/03/2011)
SAHOCA vs ATM JLJ (Kalah 14 -19)
Lokasi perlawanan kali ini adalah di Padang Presint 5, Putrajaya. Pasukan SAHOCA hanya tewas dalam aksi masa tambahan (sudden death) setelah keputusan 80 minit permainan berkesudahan 14-14. Hilang tumpuan di akhir permainan telah menyebabkan pasukan SAHOCA berputih mata untuk beraksi dalam Liga Super 2011. Walaubagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun beberapa pemain utama tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini memandangkan ianya diadakan pada hari bekerja (RABU). Seperti yang diketahui ramai, kebanyakkan pemain pasukan SAHOCA merupakan bekas pelajar KSAH yang menuntut di IPTA dan IPTS seluruh negara dan ini telah menyebabkan kesukaran untuk kita menghimpunkan pemain bagi perlawanan pada hari bekerja.

GUINNESS-MRU SUPER 10s RUGBY 2011



Kejohanan ini telah diadakan pada 26 & 27hb Februari 2011 yang lalu. Buat julung kalinya KRM telah menganjurkan kejohanan 10 sebelah yang menghimpunkan kelab-kelab yang menjuarai liga ahli gabungan KRM. Pasukan SAHOCA layak bertanding dalam kejohanan ini atas tiket JUARA LIGA RAGBI NEGERI KEDAH. Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut :

HARI PERTAMA-Grouping :
SAHOCA vs Keris Conlay (Kalah 12-19)
SAHOCA vs COBRA (Kalah 5-40)
SAHOCA vs PDRM (Menang 14-0)

Berdasarkan sistem ranking yang diguna pakai bagi kejohanan ini...pasukan SAHOCA telah layak bertanding dalam Kategori Bowl...

HARI KEDUA-Separuh Akhir :
SAHOCA vs RMP Pahang (Menang 28-0)

Final :
SAHOCA vs PDRM (Menang 29-0)
Pasukan SAHOCA muncul Juara Kategori Bowl untuk edisi 2011 ini. Berikut adalah keputusan bagi kategori Plate dan Cup :

Plate : NS Wanderers kalahkan Bandaraya Dragons 7-0
Cup : COBRA kalahkan Johor Panthers 7-5

Pencapaian pasukan SAHOCA pada kejohanan ini bolehlah dibanggakan memandangkan pasukan SAHOCA hanya menyenaraikan pemain tempatan walaupun format pertandingan ini membenarkan setiap pasukan mendaftar 3 orang pemain import.TAHNIAH!!

Kedah Rugby-Impressive Communication League 2011.

Grouping :
SAHOCA vs 19 MECH (Menang 41-7)
SAHOCA vs PTSB-Poly Kulim (Menang 77-0)
SAHOCA vs KUIN (Menang 55-0)

2nd Round :
SAHOCA vs MSSK (Menang 38-19)
SAHOCA vs 6RAMD (Menang 60-7)

Final :
SAHOCA vs Alor Setar BLUES (Menang 15-12)

Sekali lagi, pasukan SAHOCA muncul Juara untuk tahun ke 3 berturut-turut....tahniah diucapkan kepada semua pemain dan rakan-rakan SAHOCA yg turut sama hadir memberi sokongan sepanjang Liga Kedah ini berlangsung....Klik disini untuk keratan akhbar yang memaparkan kejayaan pasukan SAHOCA.