Tuesday, August 17, 2010

SAHOCA Rugby Club 2011 Jersey


We present to you the finalized jersey design for SAHOCA Rugby Club Season 2011. Sponsored by Toughlane Engineering Sdn. Bhd. We would like to extend our appreciation to Chief Executive of Toughlane Engineering Sdn. Bhd., Mr. Azif for his kind sponsorship. With his contribution, SAHOCA Rugby Club is able to make this project a reality. We would like to take this opportunity to thank Mr. Ahmad Fauzy Sani Salim (Rhyno Muscle Gym) and Mr. Ahmad Nasaruddin (The Absolute Clothing) for their kind contribution. Thank you.

Friday, August 13, 2010

Jersi Baru Pasukan SAHOCA

Jutaan terima kasih di ucaqpkan kepada Y'Bhg. Dato' Abdul Halim Karim (Naib Presiden Kehormat KRM) dan Saudara Ajip (batch 2000) dari Toughlane Engineering Sdn. Bhd. di atas kesudian mereka untuk menaja jersi baru ini. Di bawah adalah beberapa contoh design jersi yang dibuat oleh The Absolutely (thanks farook-batch 2001) dan juga pihak Y'Bhg. Dato sendiri.Sebarang idea atau cadangan bolehlah tinggalkan komen...







Friday, August 6, 2010

Pemain SAHOCA Dalam Skuad Kebangsaan


Tahniah di ucapkan kepada Kapten pasukan ragbi SAHOCA Saudara Mohd Fairuz Abdul Rahman (gambar) kerana berjaya menempatkan diri dalam skuad 7's kebangsaan....diharap kejayaan beliau ini akan menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain untuk turut sama meningkatkan prestasi masing-masing.


Thursday, August 5, 2010

Kejohanan Ragbi Asia Bawah 20 Tahun

Malaysia akan menyertai Kejohahan Ragbi Asia Bawah 20 tahun yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 22 hingga 28 Ogos 2010 ini. Maklumat kejohanan adalah seperti berikut.

Kejohanan : ARFU U-20 Championship 2010 (JWRT)

Tarikh Kejohanan : 22hb Ogos 28hb Ogos 2010

Tempat Kejohanan : Bangkok, Thailand

Penginapan rasmi : The Miracle Grand Hotel, Bangkok

Tarikh Pasukan Bertolak : 21hb Ogos 2010

Tarikh Pasukan Pulang : 29hb Ogos 2010

Untuk makluman 2 orang pemain SAHOCA telah terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan untuk kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Fared Yahya (gambar) batch 2008 dan Thoriq Othman.-batch 2009

Malaysia Rugby Union Council Members 2010/2013

Sebagai makluman, keputusan AGM KRM yang diadakan baru-baru ini telah menyaksikan perubahan besar-besaran dan kebanyakkan individu yang telah dipilih merupakan ahli SAHOCA.TAHNIAH diucapkan kepada Y'Bhg. Dato' Wira Amiruddin Embi yang telah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia untuk penggal 2010/2013. Tahniah juga diucapkan kepada Y'Bhg. Dato' Othman Aziz dan Y'Bhg. Dato' Abdul Halim Karim kerana telah dipilih sebagai Naib Presiden Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia yang baru. Selain itu juga, Nabil Bin Haji Ahmad Marzuki yang juga merupakan ahli SAHOCA telah dipilih sebagai Setiausaha Kehormat KRM untuk penggal baru. Semoga kesemua mereka yang terpilih ini dapat sama-sama memberi idea-idea baru khususnya dalam memastikan perkembangan sukan ragbi di negara ini bertambah maju.

Pemain SAHOCA Tersenarai Untuk Skuad Ragbi Kedah Bagi SUKMA 2010.

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Nu'aim Abdul Rahman, Thauban Othman, Fared Yahya, Anware Hadi dan Rosshidi Roslan kerana tersenarai untuk mewakili pasukan Kedah. Untuk SUKMA 2010 kali ini pasukan Kedah telah dilatih oleh Cikgu Noor Azman Zainol yang juga merupakan jurulatih untuk pasukan ragbi SAHOCA. Tahniah juga untuk Y'Bhg Dato' Othman Aziz yang merupakan Presiden Kelab Ragbi SAHOCA di atas perlantikan beliau sebagai Pengurus Pasukan untuk skuad SUKMA 2010 kali ini.

Kedah Super 10's ( 24 & 25 Julai 2010 )


Kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan yang berprestij yang berjaya dianjurkan dalam negara kita bagi kalendar ragbi 2010 Kesatuan Ragbi Malaysia. Disertai oleh 14 kelab ragbi tempatan terbaik di Malaysia dan 2 pasukan jemputan dari Singapura dan Thailand.Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan untuk pasukan yang menyertainya :

Champion CUP = RM 8000 + Cup + Medal
Runners Up CUP = RM 4000 + Medal
Semi Final CUP = RM 1500 (each team)

Champion PLATE = RM 1200 + Medal
Runners Up PLATE = Medal

Champion BOWL = RM 800 + Medal
Runners Up BOWL = Medal

Prestasi Pasukan SAHOCA
Hari pertama kejohanan, pasukan SAHOCA telah mengalahkan semua pasukan dalam kumpulan A yang turut dianggotai oleh Keris Conlay,PDRM dan Army 3 Alpha.
Hari kedua kejohanan, pasukan SAHOCA tewas kepada Army United (JLJ) 0-5 pada saingan suku akhir Cup dan seterusnya layak untuk bermain pada peringkat separuh akhir Plate menetang pasukan jemputan iaitu Singapore Lions.
Pasukan SAHOCA berjaya mengalahkan Singapore Lions (19-5) yang diberitakan dalam rangka persiapan untuk menyertai Kejohanan Shanghai International 7's yang bakal berlangsung tak lama lagi.Walaubagaimanapun pada saingan peringkat Akhir Plate, pasukan SAHOCA telah dikecewakan oleh Blackhawks dengan keputusan 5-7.

Secara keseluruhannya, prestasi pasukan SAHOCA bagi kejohanan ini amatlah dibanggakan....diharap komitmen semua pemain yang terlibat untuk kejohanan ini dapat ditingkatkan pada kejohanan-kejohanan akan datang. Terima kasih juga di ucapkan kepada pihak Kesatuan Ragbi Kedah kerana sudi memberi peluang untuk pasukan SAHOCA turut serta bersaing dengan kelab-kelab besar tempatan dalam kejohanan berprestij ini. Semoga pendedahan yang diperolehi dari kejohanan ini dapat membantu pemain-pemain SAHOCA untuk meningkatkan lagi mutu permainan masing-masing.

Update Tentang Perkembangan Pasukan Ragbi SAHOCA

April 2010
Liga Ragbi Antara Kelab Kesatuan Ragbi Kedah 2010
Pasukan SAHOCA telah berjaya menewaskan musuh tradisi iaitu pasukan Alor Setar Blues pada peringkat Separuh Akhir Liga Ragbi Antara Kelab Kesatuan Ragbi Kedah 2010 dan seterusnya berjaya menewaskan pasukan Kubang Pasu dalam perlawanan akhir sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan untuk tahun ke-2 berturut-turut...Tahniah untuk seluruh pemain dan penyokong2 yang setia mengikuti perkembangan pasukan SAHOCA bagi kejohanan berikut.
Klik di sini untuk berita berkenaan penglibatan pasukan SAHOCA untuk kejohanan tersebut.

Jun 2010
SMSS International Ten's 2010 Kali Ke-18 (Kategori Alumni)
Sekali lagi rekod baru dicatatkan oleh pasukan SAHOCA....muncul Juara bagi kategori Alumni (Piala Satang Jaya) untuk kali ke 7 berturut-turut dan kali ke 12 secara keseluruhannya...lebih manis kali ini kejayaan pasukan SAHOCA pada perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh salah seorang Naib Presiden (Eksekutif) Kesatuan Ragbi Malaysia iaitu Dato' Abdul Halim Karim yang juga merupakan salah seorang ahli SAHOCA dan Saudara Kamarudzaman Saad yang kini merupakan Timbalan Pengerusi SAHOCA KL & Selangor....Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua pemain-pemain dan penyokong yang terlibat dalam memastikan pasukan SAHOCA terus disegani sebagai sebuah alumni yang tiada tandingan dalam sukan ragbi. Klik di sini untuk berita mengenai kejohanan berkenaan.