Thursday, August 5, 2010

Kedah Super 10's ( 24 & 25 Julai 2010 )


Kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan yang berprestij yang berjaya dianjurkan dalam negara kita bagi kalendar ragbi 2010 Kesatuan Ragbi Malaysia. Disertai oleh 14 kelab ragbi tempatan terbaik di Malaysia dan 2 pasukan jemputan dari Singapura dan Thailand.Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan untuk pasukan yang menyertainya :

Champion CUP = RM 8000 + Cup + Medal
Runners Up CUP = RM 4000 + Medal
Semi Final CUP = RM 1500 (each team)

Champion PLATE = RM 1200 + Medal
Runners Up PLATE = Medal

Champion BOWL = RM 800 + Medal
Runners Up BOWL = Medal

Prestasi Pasukan SAHOCA
Hari pertama kejohanan, pasukan SAHOCA telah mengalahkan semua pasukan dalam kumpulan A yang turut dianggotai oleh Keris Conlay,PDRM dan Army 3 Alpha.
Hari kedua kejohanan, pasukan SAHOCA tewas kepada Army United (JLJ) 0-5 pada saingan suku akhir Cup dan seterusnya layak untuk bermain pada peringkat separuh akhir Plate menetang pasukan jemputan iaitu Singapore Lions.
Pasukan SAHOCA berjaya mengalahkan Singapore Lions (19-5) yang diberitakan dalam rangka persiapan untuk menyertai Kejohanan Shanghai International 7's yang bakal berlangsung tak lama lagi.Walaubagaimanapun pada saingan peringkat Akhir Plate, pasukan SAHOCA telah dikecewakan oleh Blackhawks dengan keputusan 5-7.

Secara keseluruhannya, prestasi pasukan SAHOCA bagi kejohanan ini amatlah dibanggakan....diharap komitmen semua pemain yang terlibat untuk kejohanan ini dapat ditingkatkan pada kejohanan-kejohanan akan datang. Terima kasih juga di ucapkan kepada pihak Kesatuan Ragbi Kedah kerana sudi memberi peluang untuk pasukan SAHOCA turut serta bersaing dengan kelab-kelab besar tempatan dalam kejohanan berprestij ini. Semoga pendedahan yang diperolehi dari kejohanan ini dapat membantu pemain-pemain SAHOCA untuk meningkatkan lagi mutu permainan masing-masing.

No comments:

Post a Comment