Tuesday, February 21, 2012

Perlawanan Suku Akhir NICC 2012

Sila klik disini untuk ranking semua pasukan yang telah layak ke peringkat Suku Akhir. Pasukan SAHOCA akan bertemu RMAF Blackhawks pada 26/02/2012 (Ahad) di Pdg Bellamy Pangkalan TUDM Sg. Besi Kuala Lumpur pada jam 4.30 ptg. Semua dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan SAHOCA. Semoga pasukan SAHOCA berjaya dalam perlawanan ini sekaligus mencatat sejarah layak ke MRU Super League buat kali pertama.

Monday, February 20, 2012

Perlawanan Pusingan Awal



SAHOCA vs PDRM (12/02/2012)

Perlawanan ini telah diadakan di Pdg SM Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Pasukan SAHOCA telah berjaya mengalahkan PDRM 27-15. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat.

SAHOCA vs MiMET (18/02/2012)

Perlawanan ini telah diadakan di Pdg KSAH Alor Setar, Kedah. Ternyata pasukan SAHOCA berjaya mendominasi keseluruhan permainan dan berjaya mengalahkan MiMET 32-5 dan sekaligus berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pegawai yang telibat.

Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan (NICC) 2012

Berikut adalah senarai pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini :

1) Johor Blues Rugby Club (JOHOR BLUES)
2) Politeknik Merlimau (POLI MERLIMAU)
3) Royal Selangor Club (RSC Dog)
4) SAHOCA Rugby Club (SAHOCA)
5) Kelab Ragbi Scorpion Putrajaya (SCORPION)
6) Politeknik Ungku Omar (PUO Panthers)
7) RMAF Blackhawks (Blackhawks)
8) Alor Setar Blues Rugby Club (Alor Setar Blues)
9) SSTMI Bandar Penawar (SSTMI)
10) Polis Bersatu (PDRM)
11) RMP Pahang (RMP)
12) Sikamat Gunners
13) UiTM Lions (LIONS)
14) UniKL Caw Manjung (MiMET)

Setiap pasukan akan bermain 2 perlawanan di pusingan awal.
Selepas itu, pasukan akan di susun mengikut kedudukan berdasarkan kepada kutipan mata dan skor kejohanan.
8 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir.
4 pasukan yang layak ke separuh akhir akan melayakkan diri ke Liga Super.

Thursday, December 1, 2011

Jonah Jones Rugby Sevens 2011



Tarikh : 26 & 27 November 2011
Tempat : Royal Selangor Club, Bukit Kiara Kuala Lumpur

Berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh pihak penganjur,pasukan SAHOCA telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Bandaraya Dragons, Bangi Hunters & SMSS Old Boys. Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dibenarkan mendaftar maksimum 2 org pemain imports. Untuk makluman, bagi kumpulan B ini, pasukan Bandaraya Dragons dan Bangi Hunters masing-masing menyenaraikan seorang pemain imports dari FIJI untuk pasukan mereka manakala pasukan SAHOCA hanya menyenaraikan pemain tempatan memandangkan terdapat kekangan dari segi kewangan utk mengambil pemain imports.

Keputusan Hari Pertama.
1st game SAHOCA vs SMSS Old Boys (Menang 26-0)
2nd game SAHOCA vs Bangi Hunters (Menang 21-5)
3rd game SAHOCA vs Bandaraya Dragons (Draw 7-7)

berdasarkan keputusan yang dicapai pada hari pertama kejohanan...pasukan SAHOCA berjaya menjadi Johan Kump B dan berada di ranking ke 6 daripada keseluruhan 24 pasukan yang menyertai kejohanan ini dan seterusnya layak ke peringat Suku Akhir CUP/PLATE.

Keputusan Hari Kedua.
Pasukan SAHOCA telah diundi bertemu pasukan yang berada di ranking ke3 keseluruhan iaitu COBRA. Seperti diduga pasukan COBRA yang membariskan 2 org pemain imports dari FIJI berjaya membenam cabaran pasukan SAHOCA dengan keputusan 26-7 dan hasil keputusan tersebut hanya melayakkan pasukan SAHOCA beraksi utk peringkat Separuh Akhir PLATE.

Separuh Akhir PLATE
Pasukan SAHOCA bertemu semula Bandaraya Dragons yang tewas pada peringkat Suku Akhir CUP kepada pasukan HONG KONG Lions. Walaupun pada saingan peringkat kumpulan pasukan SAHOCA hanya mampu mencatat keputusan seri dengan Bandaraya Dragons tetapi utk saingan separuh akhir ini SAHOCA berjaya mengalahkan mereka dengan skor 26-5 dan seterusnya layak ke perlawanan akhir kategori PLATE.

Akhir PLATE
SAHOCA vs Tsunami SSTMI (Bandar Penawar Sports School)
Walaupun pasukan Tsunami menyenaraikan 4/5 org pemain kebangsaan, pasukan SAHOCA masih berjaya mengalahkan mereka dengan skor 24-7. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat dalam memastikan kejayaan pasukan SAHOCA dalam kejohanan ini. Semoga kejayaan yang dicapai ini dapat sama-sama membakar semangat kita dalam usaha untuk memartabatkan lagi nama SAHOCA khususnya dalam sukan ragbi di negara kita....WELLDONE BOYS!!!

Tuesday, July 19, 2011

Pemain SAHOCA meraikan kejayaan muncul JUARA Alumni 7's ke-IV 2011

Kejohanan Ragbi ALUMNI 7's ke IV 2011 - organized by ANSARA


Tarikh : 16 & 17hb Julai 2011
Venue : Pdg Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor

Ini merupakan kali pertama pasukan SAHOCA menyertai kejohanan yang berjaya menghimpunkan sebanyak 19 pasukan Alumni seluruh negara. Berikut adalah undian kumpulan untuk kejohanan ini :

Kumpulan A
HSKOBA - SMK Tinggi Klang
OE Taiping - SMK King Edward V
Ansara Gemenceh - MRSM Gemenceh

Kumpulan B
Kusses - SMS Kuala Selangor
STAROBA - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Ansara Kepala Batas - MRSM Kepala Batas

Kumpulan C
Ansara Terendak - MRSM Terendak
OPA - Maktab Tentera Di Raja
Semesta - SMS Tengku Abdullah

Kumpulan D
KYSER - Kolej Yayasan Saad
Ansara PDRM Kulim - MRSM PDRM Kulim
MHSOB - SMK Tinggi Melaka

Kumpulan E
XSSAAS - SMK Sultan Abdul Aziz Shah
SAHOCA - Kolej Sultan Abdul Hamid
Saser - SMS Tuanku Munawir

Kumpulan F
Sajoha - SMS Johor
STJOB - SMS Tuanku Jaafar
SHOBA - SMK Tinggi Setapak

Kumpulan G
SMSOB - SMS Selangor
Asjati Bangi - SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi
RIOBA - SBPI Rawang


Pasukan SAHOCA mudah membenam cabaran SASER (21-7) dan XSSAAS (42-0) pada peringkat kumpulan dan berjaya berada di ranking pertama kejohanan berdasarkan keputusan hari pertama kejohanan. Hasil undian kejohanan untuk peringkat suku akhir PERDANA (cup/plate) cabaran seterusnya adalah pasukan OE Taiping. Seperti diduga, pasukan lawan memberi tentangan yang sengit kepada barisan pemain SAHOCA. Keputusan perlawanan memihak kepada SAHOCA (12-7).


Dalam saingan Separuh Akhir PERDANA, lawan yang bakal ditentang adalah pasukan MHSOB. Pasukan SAHOCA mudah membenam cabaran MHSOB (skor 6/7-0 try) sekaligus layak ke perlawanan akhir dan bertemu pasukan
ASJATI Bangi yang lebih dikenali sebagai BANGI Hunters. Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam saingan separuh akhir SMSS Ten's 2010 dan keputusan perlawanan berpihak kepada SAHOCA. Seperti diduga, SAHOCA muncul JOHAN PERDANA Kejohanan Ragbi Alumni 7'2 ke-IV 2011 setelah membelasah lawannya dalam perlawanan akhir dengan skor 45-5.

Syabas kepada barisan pemain,jurulatih dan juga penyokong yang turut memeriahkan kejohanan ini. Diharap kejayaan yang dicapai ini, dapat membantu menaikkan nama Bank Islam Malaysia Berhad yang terlibat sebagai penaja utama pasukan SAHOCA. CONGRATS!!!

13th Power NS Royal 7's 2011


Gambar : Pemain scrumhalf SAHOCA, Mohd Adha(Dek Aa) berusaha menahan asakan dari pemain COBRA K.Dineshwaran(Dugro)

Tarikh : 2 & 3hb Julai 2011
Venue : Pdg. Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan

Untuk makluman, ini merupakan kejohanan pertama disertai pasukan SAHOCA semenjak berjaya mendapatkan tajaan kewangan dari Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM 15,000.00. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada General Manager Consumer Banking Bank Islam Malaysia Berhad En. Khairul Kamarudin yang sudi meluangkan masa hadir pada hari pertama kejohanan sambil menyaksikan perlawanan pertama pasukan SAHOCA menentang S'pore POLICE. Berikut merupakan keputusan yang telah di capai :

SAHOCA vs S'pore POLICE (Menang 21-10)
SAHOCA vs COBRA (Kalah 1-5 -try)
SAHOCA vs NS Rhino (Menang 31-0)

Pasukan SAHOCA berada di ranking 8 hasil keputusan yang dicapai pada hari pertama kejohanan sekaligus layak beraksi dalam kategori Suku Akhir CUP/PLATE dan bertemu pasukan semula pasukan yang berada di ranking 1 iaitu COBRA pada keesokkan harinya. COBRA yang membariskan 4 pemain FIJI dan merupakan pilihan utama untuk menjuarai kejohanan ini mudah membenam cabaran pasukan kita dengan keputusan 4-1(try). Cabaran seterusnya pasukan SAHOCA adalah Sibu RC (SARAWAK) untuk perlawanan peringkat Separuh Akhir PLATE. Pasukan lawan turut diperkuatkan dengan kehadiran 3 pemain import dari FIJI. Pasukan SAHOCA telah tewas dengan keputusan 12-19 dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhannya, kandas di peringkat Separuh Akhir PLATE dalam kejohanan bertaraf antarabangsa merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun berdepan pasukan yang membariskan pemain import. WELLDONE!!