Monday, April 9, 2012

NS Wanderers vs SAHOCA (17/03/2012)





Perlawanan ke-2 untuk pasukan SAHOCA ini telah diadakan di Padang Kolej Tuanku Jaffar, Mantin Negeri Sembilan. SAHOCA berjaya mencatat kemenangan pertama dengan mengalahkan NS Wanderers 25-23 dalam perlawanan yang sungguh mendebarkan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan yang terlibat. Sila klik disini untuk gambar-gambar sekitar perlawanan tersebut.

COBRA vs SAHOCA (14/03/2012)

Perlawanan pertama untuk Kejohanan Liga Super KRM 2012 ini telah diadakan di Padang Bellamy Pengkalan TUDM Sg. Besi. Memandangkan perlawanan ini diadakan pada hari bekerja (Rabu), terdapat masalah untuk pihak pengurusan pasukan untuk menghimpun barisan pemain-pemain. Ternyata pasukan SAHOCA tidak dapat menandingi pasukan COBRA yang membariskan maksimum 3 khidmat pemain import dari FIJI dan juga beberapa pemain skuad kebangsaan. Dalam perlawanan tersebut SAHOCA tewas dengan skor 6-67.

MRU Super League 2012

Berikut adalah undian yang melibatkan pasukan yang telah layak mengikut ranking 12 kelab tempatan terbaik di Malaysia :

Kumpulan A :
1) COBRA
2) ATM JLJ
3) NS Wanderers
4) Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
5) UiTM Lions
6) SAHOCA

Kumpulan B :
1) Keris Conlay
2) ASAS
3) ATM RAMD
4) Bandaraya Dragons (DBKL)
5) RSC Dog
6) ATM Blackhawks

Setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan khidmat pemain import bagi kejohanan ini. Hanya 3 pemain import dibenar didaftarkan bagi setiap perlawanan dan hanya 2 orang dibenarkan bermain dalam senarai 15 pemain yang bermain. Pasukan SAHOCA yang keseluruhannya adalah pemain tempatan hanya bertekad untuk mencuba yang terbaik dalam setiap perlawanan yang bakal ditempuh memandangkan ini merupakan kali pertama pasukan SAHOCA berjaya melayakkan diri ke kejohanan ini. Kejohanan ini telah pun bermula pada 10hb Mac yang lalu.

Tuesday, February 21, 2012

Perlawanan Suku Akhir NICC 2012

Sila klik disini untuk ranking semua pasukan yang telah layak ke peringkat Suku Akhir. Pasukan SAHOCA akan bertemu RMAF Blackhawks pada 26/02/2012 (Ahad) di Pdg Bellamy Pangkalan TUDM Sg. Besi Kuala Lumpur pada jam 4.30 ptg. Semua dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan SAHOCA. Semoga pasukan SAHOCA berjaya dalam perlawanan ini sekaligus mencatat sejarah layak ke MRU Super League buat kali pertama.

Monday, February 20, 2012

Perlawanan Pusingan Awal



SAHOCA vs PDRM (12/02/2012)

Perlawanan ini telah diadakan di Pdg SM Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Pasukan SAHOCA telah berjaya mengalahkan PDRM 27-15. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat.

SAHOCA vs MiMET (18/02/2012)

Perlawanan ini telah diadakan di Pdg KSAH Alor Setar, Kedah. Ternyata pasukan SAHOCA berjaya mendominasi keseluruhan permainan dan berjaya mengalahkan MiMET 32-5 dan sekaligus berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pegawai yang telibat.

Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan (NICC) 2012

Berikut adalah senarai pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini :

1) Johor Blues Rugby Club (JOHOR BLUES)
2) Politeknik Merlimau (POLI MERLIMAU)
3) Royal Selangor Club (RSC Dog)
4) SAHOCA Rugby Club (SAHOCA)
5) Kelab Ragbi Scorpion Putrajaya (SCORPION)
6) Politeknik Ungku Omar (PUO Panthers)
7) RMAF Blackhawks (Blackhawks)
8) Alor Setar Blues Rugby Club (Alor Setar Blues)
9) SSTMI Bandar Penawar (SSTMI)
10) Polis Bersatu (PDRM)
11) RMP Pahang (RMP)
12) Sikamat Gunners
13) UiTM Lions (LIONS)
14) UniKL Caw Manjung (MiMET)

Setiap pasukan akan bermain 2 perlawanan di pusingan awal.
Selepas itu, pasukan akan di susun mengikut kedudukan berdasarkan kepada kutipan mata dan skor kejohanan.
8 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir.
4 pasukan yang layak ke separuh akhir akan melayakkan diri ke Liga Super.

Thursday, December 1, 2011

Jonah Jones Rugby Sevens 2011



Tarikh : 26 & 27 November 2011
Tempat : Royal Selangor Club, Bukit Kiara Kuala Lumpur

Berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh pihak penganjur,pasukan SAHOCA telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Bandaraya Dragons, Bangi Hunters & SMSS Old Boys. Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dibenarkan mendaftar maksimum 2 org pemain imports. Untuk makluman, bagi kumpulan B ini, pasukan Bandaraya Dragons dan Bangi Hunters masing-masing menyenaraikan seorang pemain imports dari FIJI untuk pasukan mereka manakala pasukan SAHOCA hanya menyenaraikan pemain tempatan memandangkan terdapat kekangan dari segi kewangan utk mengambil pemain imports.

Keputusan Hari Pertama.
1st game SAHOCA vs SMSS Old Boys (Menang 26-0)
2nd game SAHOCA vs Bangi Hunters (Menang 21-5)
3rd game SAHOCA vs Bandaraya Dragons (Draw 7-7)

berdasarkan keputusan yang dicapai pada hari pertama kejohanan...pasukan SAHOCA berjaya menjadi Johan Kump B dan berada di ranking ke 6 daripada keseluruhan 24 pasukan yang menyertai kejohanan ini dan seterusnya layak ke peringat Suku Akhir CUP/PLATE.

Keputusan Hari Kedua.
Pasukan SAHOCA telah diundi bertemu pasukan yang berada di ranking ke3 keseluruhan iaitu COBRA. Seperti diduga pasukan COBRA yang membariskan 2 org pemain imports dari FIJI berjaya membenam cabaran pasukan SAHOCA dengan keputusan 26-7 dan hasil keputusan tersebut hanya melayakkan pasukan SAHOCA beraksi utk peringkat Separuh Akhir PLATE.

Separuh Akhir PLATE
Pasukan SAHOCA bertemu semula Bandaraya Dragons yang tewas pada peringkat Suku Akhir CUP kepada pasukan HONG KONG Lions. Walaupun pada saingan peringkat kumpulan pasukan SAHOCA hanya mampu mencatat keputusan seri dengan Bandaraya Dragons tetapi utk saingan separuh akhir ini SAHOCA berjaya mengalahkan mereka dengan skor 26-5 dan seterusnya layak ke perlawanan akhir kategori PLATE.

Akhir PLATE
SAHOCA vs Tsunami SSTMI (Bandar Penawar Sports School)
Walaupun pasukan Tsunami menyenaraikan 4/5 org pemain kebangsaan, pasukan SAHOCA masih berjaya mengalahkan mereka dengan skor 24-7. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat dalam memastikan kejayaan pasukan SAHOCA dalam kejohanan ini. Semoga kejayaan yang dicapai ini dapat sama-sama membakar semangat kita dalam usaha untuk memartabatkan lagi nama SAHOCA khususnya dalam sukan ragbi di negara kita....WELLDONE BOYS!!!